Surau Assajidin SK Seafield

Selamat Datang ke blog Surau Assajidin SK Seafield .

Barisan Guru Pendidikan Islam SK Seafield

Berdiri dri kanan Ustz Zaryati Sakimon,Ustz Hanida Abdull Samat,Ustz Suhaili Osman, Ustz Wan Rahanan Hamat,Ustz Nik Suhaila Maawiyah, Ustz Nor Azimah,Ustz Rafiza Sohor ( Tamat Latihan JQAF ), Ustz Norazizah Mohd Salim ,Ustz Yusliha Yaakob,.duduk dari kanan , Ust Mohd Ridzuan Mamat, Ust Ashrof Khomainy Mohd Amin ( pindah ke Rawang ), Ust Mohd Fadhil Hassan.

SELAMAT DATANG PANEL HAKIM SURAU

KAMI WARGA SK SEAFIELD MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PANEL HAKIM ANUGERAH SURAU 2014

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK

SK SEAFIELD MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

Friday, February 17, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul 2012 SK Seafield

Tarikh : 17/03/2012

Hari : Jumaat


7:15 pagi - 7:40 pagi - Bacaan Yaasin di Surau Assajidin SK Seafield
12:00 tgh - Berkumpul di hadapan Dewan Harmoni. Taklimat oleh guru Pendidikan
Islam
12:30 tgh - Makan tengahari
1.00 tgh - Berjalan kaki beramai-ramai ke Masjid Al-Mukminun USJ 2 bersama-
sama guru lelaki
Murid perempuan solat berjemaah bersama guru-guru wanita dan
ceramah agama.
2:00 ptg - Perarakan Sambutan Maulidur Rasul
2:30 ptg - Bacaan Yaasin sempena UPSR 2012
3:00 ptg - Ceramah Maulidurasul oleh Ustaz Mohd Zairi
5:00 ptg - Solat Asar berjemaah
Solat Sunat Hajat UPSR 2012
bersurai

En Zaidi, En Ros Iskandar dan Pn Aidawati menunggu murid-murid beratur


Ustazah Yusliha, Pn Siti Noriani, Pn Aidawati dan Pn Marini juga turut serta


Ustaz Mohd Zairi dari SK Tmn Seri Muda memberikan ceramah Maulidur Rasul



Murid-murid mendengar ceramah yang disampaikan




Cikgu Shahrul Nizam dan Ustaz Salehudin membantu menyediakan LCD Projektor




En Mohd Riduan serta semua guru lelaki membantu ustaz penceramah menyediakan peralatan




Ustaz Ashrof menjadi pengacara majlis



En Radhi dan En Shahrul Nizam



Guru-guru Pra sekolah



Guru-guru perempuan



Murid-murid perempuan




Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Bacaan Yaasin selepas berarak di Dewan Harmoni SK Seafield diketuai oleh Ustaz Salehuddin


Semua murid lelaki dan perempuan serta guru-guru bersama-sama membaca Yaasin

Semua murid kyusuk membaca surah Yaasin

Murid Islam Tahun 4, 5 dan 6 Lelaki dan perempuan


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Murid-murid dan guru lelaki baru pulang dari Masjid Al Mukminun USJ 2 memulakan perarakan sempena Maulidur Rasul
Guru-guru lelaki mengawasi laluan di hadapan sekolah

Berarak sambil berselawat masuk ke Sekolah

En Lanang ( Pengawal Keselamatan ) bersama-sama dengan guru lelaki membantu menjaga lalulintas


Membawa sepanduk sambil berselawat

Walaupun panas tetapi seronok dapat menunaikan solat jumaat bersama-sama guru dan rakan-rakan

Meneruskan perarakan di dalam kawasan sekolah




Setelah penat berarak diberi minum air bacaan yaasin yang dibaca pada setiap pagi Jumaat di Surau As-Sajiddin Sekolah Kebangsaan Seafield

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Murid-murid perempuan bersama guru perempuan mendengar ceramah sementara murid lelaki ke Masjid Al-Mukminun USJ2 Sembahyang Jumaat



Ceramah atau Kuliah agama disampaikan oleh Ustazah Norazizah Mohd Salim


Murid-murid perempuan mendengar ceramah dan solat zohor berjemaah yang diimamkan oleh Ustazah

Murid-murid lelaki beratur untuk ke Masjid Al-Mukminun USJ 2 sembahyang Jumaat


Beratur untuk berjalan kaki diiringi guru-guru lelaki dan ustaz-ustaz ke Masjid. Seramai 150 orang murid lelaki turut serta.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Guru-guru yang membantu mengedarkan makanan dan minuman
Jamuan nasi ayam disediakan kepada semua murid. Terima kasih kepada penderma, ibu bapa serta guru-guru yang menyumbang. Hanya Allah akan membalasnya.






Bacaan doa makan sebelum makan


Seronoknya dapat makan percuma


Beratur untuk mengambil makanan

Makan dengan tertib

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah




Taklimat sebelum Majlis bermula iaitu selepas waktu persekolahan.

Ustazah Wan Rahana dan Ustazah Yusliha menyusun murid-murid mengikut kelas.


Murid Tahun 4, 5 dan 6 menunggu Ustaz Ashrof.

Bersemangat murid-murid yang akan menyertai Majlis Maulidur Rasul

Friday, February 10, 2012

Barisan Guru Pendidikan Islam dan JQAF 2012

Barisan Pentadbir Sekolah
Barisan Pentadbir SK Seafield dan Panitia Pendidikan Islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan MTQ Peringkat Sekolah 2012.
Semoga jasa dan bakti tuan/puan akan mendapat ganjaran daripadaNya



MTQ Peringkat Sekolah 2012 -Pertandingan Hafazan

Pertandingan Hafazan diadili oleh Ustaz Mohd Ridzuan Mamat, Ustazah Yusliha dan Ustazah Suhaili
Pertandingan Hafazan diadakan di Balai JQaf

MTQ 2012 Peringkat Sekolah - Bercerita

Barisan Hakim bercerita iaitu Pn Nor Azlinah Abu, Pn Muniroh, Pn Nurul Ain, Cik Nor Afzan, Pn Nor Azizah

Pengacara Majlis Pn Siti Aidah sedang memanggil peserta bercerita. Pertandingan Bercerita diadakan di Bilik JQAF


MTQ Peringkat Sekolah 2012 - Nasyid dan Kalam Jamaie

Hakim Nasyid iaitu Pn Nordiana Samingan, En Mohd Shahrul Nizam dan En Zaidi
Pendaftaran Pn Roshayani Lisa dan Ustzah Nik Suhaila


PA Sistem En Mohd Riduan



Hakim Kalam Jamaie iaitu Ustazah Nik Suhaila, Ustazah Siti Rohaida dan Ustazah Hanida



Murid-murid Tahun 6


Penonton yang terdiri daripada murid-murid Islam Tahun 1, Tahun 4 dan tahun 5

Penonton lelaki yang setia menonton


Tahun 6 perempuan



Peserta Tahun 5 Perempuan



Peserta Perempuan Tahun 5



Peserta Nasyid Lelaki Tahun 5


Peserta Nasyid Perempuan Tahun 4


Peserta Nasyid lelaki Tahun 4



Peserta Nasyid Perempuan Tahun 5


Nasyid dan Kalam Jamaie diadakan di Dewan Harmoni SK Seafield

Photobucket

Kelebihan Azan Dan Iqamah

Melakukan azan dan iqamah adalah lebih afdhal daripada menjadi imam. Ini kerana azan dan iqamah itu adalah tanda atau alamat waktu sembahyang dan ianya juga lebih banyak manfaat daripada menjadi imam. Muazzin (tukang azan) itu juga merupakan pemegang amanah (amin). Manakala menjadi imam itu adalah penjamin (dhamin). Oleh yang demikian, amin itu lebih baik daripada dhamin. (I‘anah ath-Thalibin: 1/383)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Imam-imam itu dhumana (menjamin sembahyang makmumnya) dan orang-orang yang azan itu umana (amanah atas waktu sembahyang) maka Allah memberi petunjuk kepada imam-imam dan mengampunkan orang-orang yang azan.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa menjadi imam itu lebih afdhal daripada azan dan iqamah. Kerana dikhususkan bagi orang yang menjadi imam itu terdiri daripada orang yang berilmu tinggi. Demikian juga mendirikan sembahyang itu lebih afdhal daripada menyerukannya. (I‘anah ath-Thalibin: 1/384)

Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam maksudnya :
Maka azanlah untuk kamu oleh salah seorang di kalangan kamu, kemudian hendaklah yang mengimamkan kamu itu orang yang akhbar (berilmu) di kalangan kamu.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walau bagaimanapun menurut Ibnu Hajar dan Imam an-Nawawi, bahawa azan berserta iqamah itu lebih afdhal daripada menjadi imam. (I‘anah ath-Thalibin: 1/384)

Selain itu, banyak lagi disebutkan di dalam hadis mengenai kelebihan-kelebihan azan dan iqamah dan orang yang melaungkannya. Antaranya ialah:

i. Sehingga Orang Sanggup Berundi Untuk Medapatkannya
Hadis daripada Abu Hurairah katanya:

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seandainya manusia mengetahui tentang apa (kelebihan) dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak akan mendapatkannya melainkan dengan mereka berundi, nescaya mereka akan berundi. Seandainya mereka mengetahui apa (kelebihan) pada at-tahjir (sembahyang zohor di awal waktu) nescaya mereka akan berlomba-lomba mendapatkannya. Seandainya mereka mengetahui apa (kelebihan) pada al-‘atamah (sembahyang isya’) dan subuh nescaya mereka mendatanginya walaupun dengan merangkak-rangkak.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

ii. Dipohonkan Ampun Dan Mendapat Pahala Sepertimana Pahala Orang Yang Bersembahyang Dengannya

Hadis daripada al-Bara’ bin ‘Azib katanya:
Maksudnya: “Bahawasanya Nabi Allah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya mengucapkan selawat kepada (makmum-makmum) di baris hadapan. Sementara orang yang azan akan dipohonkan ampun baginya sejauh suaranya dan akan dipersaksikan dia oleh sesiapa yang mendengarnya daripada tumbuhan yang hidup dan kering dan baginya pahala seperti pahala sesiapa yang bersembahyang bersamanya.”

(Hadis riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie)

iii. Mengusir Syaitan

Hadis daripada Abu Hurairah katanya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu baharulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata: “Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang.”

(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’ie)

iv. Mendapat Pahala Yang Banyak

Sebagaimana di dalam hadis daripada Mu‘awiyah katanya:
Maksudnya: “Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Muazzin-muazzin itu ialah orang yang paling panjang lehernya di hari qiamat.”

(Hadis riwayat Muslim)

Adapun yang dimaksudkan dengan orang yang paling panjang lehernya di hari qiamat itu ialah disebabkan dia melihat pahalanya yang banyak.
Menurut an-Nadhr bin Syumail, adapun kelebihannya ketika berada di padang mahsyar melepaskannya daripada kesusahan dan kesesakan disebabkan ramainya orang pada hari perhitungan itu.
Menurut pendapat yang lain, bahawa orang itu banyak pengikutnya. Kata Ibnu al-A‘arabiy, maksudnya ialah orang yang banyak amalannya. Sementara menurut al-Qadhi ‘Iyadh dan yang lainnya ialah bermaksud orang yang cepat masuk ke dalam syurga. Dikatakan juga ianya bermaksud sebagai ketua.

(Syarah Shahih Muslim: 2/77)

v. Balasan Syurga

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa azan selama dua belas tahun wajiblah baginya syurga dan ditulis untuknya dengan azannya itu pada setiap hari enam puluh kebajikan dan pada setiap iqamah pula tiga puluh kebajikan.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

vi. Jin Dan Manusia Serta Selainnya Menjadi Saksi Di Hari Qiamat

Sebagaimana hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman katanya:
Maksudnya: Sesungguhnya Abu Sa‘id al-Khudriy Radhiallahu ‘anhu berkata kepadanya (‘Abdullah bin ‘Abdurrahman): “Sesungguhnya aku melihat engkau menyukai kambing dan sahara. Jika engkau berada di lingkungan kambing atau saharamu lalu engkau azan untuk sembahyang, maka tinggikanlah suaramu ketika melaungkannya. Kerana tidak didengar suara orang yang azan oleh jin dan manusia serta lain-lainnya melainkan menjadi saksi baginya di hari qiamat. Berkata Abu Sa‘id: “Aku mendengarnya daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan an-Nasa’ie)

vii. Pintu Langit Dibuka Dan Saat Doa Mustajab

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Jika dilaungkan iqamah untuk sembahyang, maka dibukakan pintu-pintu langit dan dimakbulkan doa.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Ada dua waktu tidak ditolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah sembahyang dan dalam barisan jihad pada jalan Allah.”

(Hadis riwayat Ibnu Hibban)