Pages - Menu

Pages

Sunday, October 25, 2009

SELAMAT DATANG


Guru Besar , Jawatankuasa Surau As-Sajidin serta guru-guru mengalu-alukan kehadiran Panel Hakim Pertandingan Surau Peringkat Daerah Petaling Perdana 2009 untuk menilai Surau As-Sajidin.

Saturday, October 24, 2009

Jamuan Mesra Aidilfitri

Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Seafield dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SK Seafield telah menganjurkan satu majlis Jamuan Mesra Aidilfitri pada hari Khamis 1 November bertempat di Dewan Harmoni SK Seafield.

Puan Guru Besar sedang menjamu selera dengan guru-guru di majlis jamuan yang penuh dengan semangat 1 Malaysia. Pelbagai juadah Hari Raya tersedia, semua makanan enak-enak belaka, rugi siapa yang tidak merasainya.


H1N1

Ustaz Asrof mengetuai pembacaan doa menolak bala serta penyakit H1N1 sebagai salah satu tindakan segera bagi mengelak penularan H1N1.
Sebilangan murid memakai topeng bagi mengelak penularan wabak berbahaya ini

Amin ya rabbal alamin semoga kita dilindungi daripada wabak berbahaya ini.

TAZKIRAH RAMADAN

Ustaz Asrof memulakan tazkirah Ramadan. Tazkirah dijalankan setiap hari pada pukul 12.50 tengahari hingga pukul 1.15 petang.
tazkirah ini anjuran Panitia Pendidikan Islam bagi mengisi masa lapang serta menambahkan ilmu dan pahala puasa.

Ustazah juga tidak terkecuali menyampaikan tazkirah. Walaupun begitu guru lelaki Islam juga menyampaikan tazkirah


Ustaz Fadhil menyampaikan tazkirah mengikut gilirannya pada hari ketiga.
Semua guru Islam kyusuk mendengar, persoalan yang timbul akan diajukan untuk perbincangan.

Tazkirah ini juga diteruskan sehingga sekarang walaupun Ramadan telah berakhir namun ia tetap dijalankan pada setiap Jumaat bagi guru perempuan.